Friday, June 18, 2010

Budak Setan Main Wayang...

Bagi bebudak yang lahir tahun 80an, musti tau atau pernah membaca / terbaca novel Budak Setan karya Ahadiat Akashah (AA). Sape tak kenal AA?! Masa tuh memang dia la antara pelopor novel remaja yang bahasanya agak funky dan bersahaja. Aku mula mengenal novel pun sebab karya2 beliau. Banyak gak karya2 AA yang aku dah baca dan minat. Tapi antara yang paling aku minat of course Budak Setan. Sebetulnya, sebelum terbit Lagenda Budak Setan (LBS), Budak Setan terbit dalam 2 keluaran - Budak Setan dan Budak Setan 2 terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd. 

Antara kedua2 keluaran, yang paling aku minat Budak Setan yang pertama. Memang kelakar habis dan ending yang cukup mengesankan. Cari tisu gak la aku masa baca... Aku suka jalan ceritanya yang bersahaja dan sangat remaja.. (katanya..) sebab kurag sikit bab2 cintan cintun romen2 lari2 keliling taman sambil guling2 dan saling ber-cak2 bawah pokok (eeerrr macam lain jer...). Huhuhu Memang riang ria zaman remaja walaupun zaman dalam novel tuh tak aku lalui sebab dah outdated. Huhuhu 

Budak Setan 2 banyak menunjukkan kematangan watak. So lebih kurang macam baca novel cinta biasa. Kurang komedi dan lebih banyak kepada mainan perasaan. Al maklumlah.. dah lanjut usia remaja. Aku teringat sajak bahasa inggeris dalam novel tuh pasal Kasyah posing dekat kereta sport sambil pakai baju putih kalau tak silap. Sedap sajak tuh.. Aku suka... Cuma aku tak berkesempatan nak baca penyambung LBS yang bukan tajuknya LBS tapi Katerina. So aku tak tahulah lepas tamatnya LBS, apa kesudahan watak Kasyah, anak perempuannya dan Katerina...

Setelah lama tuh.. Dorang kompilasikan novek Budak Setan menjadi Lagenda Budak Setan. Mak datuk punya tebal macam Kamus Oxford (tebal lagi dari kamus rasanya)!! Aku berpeluang beli novel tersebut hasil titik peluh aku bekerja lepas SPM. Layan lagi membaca entah buat keberapa ribu... Kali nih tak cari tisu dah.. Sedu2 jer hahaha... Tapi sayang, jodoh novel tuh tak lama dengan aku. Entah ke mana hilang entah... Jenuh gak aku cari masa kemas2 barang untuk berpindah tahun lepas...


Kali ni muncul versi filem pulak. Serius cakap.. memang aku sangat teruja!! Even few friends of mine also excited. Siap ada yang beli LBS versi cetak sebab nak refresh jalan ceritanya... G.I.L.A betol mereka nih...!! Akhirnya minggu lepas aku berkesempatan juga menonton bersama dengan kakakku dan suaminya (bergaduh gak kami sebab abang iparku nak tengok Karate Kid. Sori Ngah... huhuhu) 

Sebetulnya aku dah tak berapa excited nak menonton selepas beberapa review yang aku terima kurang uummphhh! Tengok trailer pun aku rasa semacam sebab ada scene Kasyah masuk kampung. What da hell????!!! Mana ada babak tuh dalam novel!! Tapi sebab mengenangkan ada Lisa Surihani dan Fazura, aku gagahkan jua (etetet :P)... Bila aku dapat tahu yang LBS dapat kutipan pecah panggung hari pertama tayangan untuk filem romantis, aku tau yang semuanya adalah mereka2 yang sama seperti aku - pengikut / peminat setia LBS versi buku. Semua nak ala2 down memory lane dan tonton LBS versi hidup.

Showcase jam 8.45 di TGV Kinta City seat L hujung skali menyaksikan betapa frustnya aku dengan LBS versi filem. Mungkin ada benarnya susah nak adapt dari versi cetak zaman 80an ke versi layar zaman sekarang tapi pada aku, janganlah sampai ubah 80% jalan ceritanya. ADEHHH!!!! Memang aku mengomel sepanjang cerita tersebut sambil aku mencongak dengan versi cetak mana2 scene yang aku ingat. Rasa macam nak pegi kaunter tiket mintak refund jer... Tapi papepun, it's not half bad especially sinematografinya yang pada aku sangat cantik. Cantik sungguh Malaysiaku huhuhu dan kemudiannya gambar2 Lisa aka Ayu dalam filem tuh. Haiyohh... giler cantik!!! Memang fall in love berkali2 la tengok. Serious shit cantik!! Nak je kumpul dan tampal kat siling bilik. AKU MAU LISA SURIHANIIIII..........!!!Huhuhuhu          

Nih few komen negatif aku pasal LBS versi wayang..

1. Jalan ceritanya bermula semasa dorang in high school / sekolah menengah tapi dalam filem, dorang dah masuk U. So agak tak logik bila scene masuk kuliah dorang panggil lecturer sebagai cikgu (e.g. Cikgu Loga) dan siap ada ucap selamat sambil berdiri macam masa sekolah dulu. Unless kat Matrikulasi lain la...

2. Uni tuh kat oversea ke walaupun nama uni tuh Uni of Nottingham?? Asyik berpeluk sakan je Kasyah dan Ayu macam takde peraturan je uni tuh. Bebas suka suki bebudak tuh main peluk2.. main basketball sambil pegang2 tangan.. Tak paham den..

3. Bila masa pulak Kasyah kena masuk hulu??!! Kasyah budak pandai dia dapat offer gi oversea okkay??!!

4. Dalam filem, tak nampak kebudak-setan-an Kasyah and da geng. Setakat rambut braided, pakai subang (magnet), kunyah chewing gum, main bola lepas tuh gaduh and buli junior (masukkan cicak dalam tin minuman) langsung tak tunjuk Kasyah tuh budak jahat. It's normal for a high school boys! Aku dulu pun camtuh gak. Lepas tuh nampak sangat Kasyah tuh hati kecik.. Senang2 cair bila nampak Ayu tercekik dan terus tobat! Aiseh.. Mana pergi setannya???!! I wanna see da devil wears Nike!! 

5. Scene masa Azmi datang jumpa Ayu kat Uni bagitau mak Ayu sakit.. aku pelik.. Haii.. takde handphone ke nak contact umah?? Bukannya wat scene zaman 1990an!! 

6. Kenapa bukan Fazura yang jadi Emylia??? Aku mau Fazura sebab aku suka Fazura!! Tapi bagus gak sebenarnya sebab maksudnya dalam LBS 2 akan ada lagi Fazura. Huhuhuhu Lakonan Syiqin tuh pun not bad gak la sebenarnya walaupun penceritaan watak Emylia aka Ayu kureeng sket tekanan emosinya dalam versi filem (kesuntukan masa agaknya huhuhu)

7. Yang nih komen positif... Aku suka scene bergaduh antara Ayu (Lisa) dengan Azmi (Que). Memang real la!! Betul la Lisa cakap dia teruk kene balun dengan Que masa tuh. Tapi dia punya menangis dan meraung memang real. Giler real... Terkesima aku kejap. Agaknya kalo panjang sket babak tuh memang aku cari tisu gak rasanya.... huhuhuhu

8. Dan aku juga suka sama runut bunyinya.. Memang sedih.. Especially yang part laki tuh. Macam terasa dekat je sengsaranya.. Huhuhu

Tuh je la komen-komen aku berkenaan LBS versi cetak dan filem. Aku bukan judgmental yang nak benda tuh ikut acuan aku tapi kalau boleh, aku nak dikekalkan originalitinya... Jalan cerita versi buku tuh yang buat orang excited nak pergi tonton. Tapi kalo dah jalan ceritanya diubah.. apalagi yang tinggal?? Baik buat cerita baru yang lain. Lagenda Anak Iblis ke misalnya... Apapun, aku tunggu versi drama bersiri pulak. Entah macamana la Along Kamarudin bawak cerita nih... Harap2 tak menghampakan la....

1 comment:

  1. encik peace,

    moral of the story, dont re-read the novel before u watch the movie. spt yg kami buat, kami blank kan memori tu just to absorb the mood of the story. baru la feeling. lagi plak dgn lagu OST dia yg mendayu tu, menangis gak la kami dlm panggung, esp time ayu nak mati. huhuhuhu....

    anyway, sblm kami ke panggung, sy dah dpt info yg filem tersebut bakal tidak sama dgn novel kerana penulis skripnya telah menokok tambah mengikut citarasa semasa. AA juga memilih skrip tersebut kerana jalan cerita lebih kurang mcm novel budak setan + pengarah dari seberang (x silap la). sbb tu sinematografinya canteeekkk....sy rasa kat malaysia ni, cuma arwah yasmin ahmad jer yg ok sinematografinya.

    memang x puas + x logik gak movie ni. sy akui! mcm movie hindustan pon ade. tp overall not bad coz sy layan gak tgk movie ni. =))

    ReplyDelete