Saturday, June 19, 2010

Kelab Wayang Gambar

Baru dalam 2 minggu lepas aku tengok citer nih kat Astro Ria. Lakonan hebat pelakon teater kesukaan aku - zulhuzaimy marzuki. Citer die pasal pendekatan yg diambil oleh pihak sekolah bila nak cuba mengubah (@ menghukum) bebudak nakal kat sekolah tuh. Kelab wayang gambar nih diadakan sebagai hukuman kepada bebudak nih ngan cara diorang diwajibkan menganjurkan tayangan gambar tuk tontonan bebudak sekolah tu. Tak main hukuman rotan2 macam zaman skang nih. Citernyer memang menarik. Sebab dekat ngan dunia nakal aku and dunia hostel. Tapi agak complicated tuk difahami sebab agak banyak metaforanya. Aku pun pening sket menontonnya. Yang menarik pasal citer nih ialah biler citer2 yang bebudak nakal nih tayangkan berjaya mengubah persepsi dan cara idup mereka. Mereka jadi lebih mendengar kata. Dan yang paling menarik ialah scene di mana kat sekolah tu siap ada Wall of Fame (ala2). Dinding pada bangunan sekolah yang mana students leh gunakan tuk melepaskan apa yang dorang tak puasati pada sekolah tuh. Cam best jerk…. (nape kat sekolah aku tak wat cam tu ar dulu????) Berkenaan intipati citernyer memang menyentuh jiwa (sket2 kalo sape yang paham) sebab menceritakan kecekalan seorang cikgu muda yang cuba mengubah tradisi. Pada dia (pada aku gak), hukuman rotan hanya membawa kepada perasaan benci dan memberontak. Dan ini terjadi berdasarkan pengalaman dia yang mana sahabat karibnya sendiri mati akibat bergaduh ngan gangsters. Orangnya dulu baik tapi apabila sekali dirotan kerana kesalahan kecil (datang lewat), die jadi memberontak dan ganas. Dan akhirnya dia mati selepas menjadi seorang yang bukan dirinya. Rentetan dari tragedi tuh, cikgu muda nih hadir ngan idea bernas (walaupun idea tu memang dah sedia wujud kat sekolah tuh cuma mati tanpa nisan) yang lebih praktikal dalam membina peribadi dan menghukum pelajar. Ape yang aku pelajari dari drama ni? Pengajarannye.. setiap kesalahan tidak semestinya dibetulkan dengan kekerasan tetapi dengan cara mendekati pelaku salah tersebut lebih berkesan dan tahan. Di samping itu mengalah tidak semestinya bersalah. Juga usaha tanpa mengenal jemu, tanpa ragu menghasilkan sesuatu yang tidak ternilai. Walaupun pelbagai rintangan yg datang akhirnya kesudahan yang indah tercipta… InsyaALLAH….. So, tahniah kepada pengarah atas idea yang bernas kerana menghasilkan citer yang sebegitu. Aku bangga sebab dapat menonton citer yang hebat camtuh. BRAVO!!!!!!!

No comments:

Post a Comment