Kebelakangan nih, politik di Malaysia mulai hebat bergoncang. Macam2 cerita keluar. Dari luar kain hingga ke dalam kain. Malaysia sekarang dah jadi macam kat negara Barat. Satu demi satu isu sensitif seperti skandal seks tersiar di dada2 akhbar. Giler!!! Rasa macam aku dudok kat USA jer rasanyer.
Ok, lupakan tentang isu tuh. Tak layak rasanya tuk aku yang dangkal dalam hal2 politik nih memberi sebarang komentar tentang isu2 sebegini. Tapi apa yang aku nak bicarakan di sini adalah berkenaan keharmonian sesama kaum di Malaysia ini. Dapat aku lihat, bau2 racism telah menular ke seluruh negara. Seolah2 ada yang mengacum satu2 kaum supaya bertelagah dengan kaum yang lain.
Baru baru nih, kontrak sosial pulak menjadi isu. Ada pihak yang mempertikaikan tentang kontrak sosial nih. Aku bukanlah arif sangat tentang bende2 nih tapi setau aku, kontrak sosial diwujudkan sebagai persetujuan antara semua kaum dengan memperakui bahawa ada beberapa perkara yang akan terus menjadi hak dan keistimewaan orang Bumiputera. Ini menunjukkan ketuanan mereka sebagai pemilik asal bumi bertuah ini. Dan kontrak sosial ini sendiri menjadi titik tolak kepada toleransi dan saling menerima antara semua kaum.
Namun kini, semakin ramai pihak yang tampil ke hadapan mempersoalkan tentang hak2 mereka terutamanya mereka yang bukan Bumiputera. Mereka menginginkan kesamarataan hak atas nama demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan dan konsep equality and equity. Agak berat sebenarnya isu ini apabila dibangkitkan kerana ianya melibatkan ramai pihak. Perlembagaan yang digubal dahulu menjadi isu apabila semua kaum inginkan hak yang sama untuk memajukan diri ke hadapan. Salah siapakah sebenarnya ini? Kerajaankah yang bersikap bena tak bena dengan isu ini? Golongan Bumiputerakah yang terlalu angkuh dengan apa yang mereka ada? Atau golongan bukan Bumiputerakah yang diperumpamakan seperti ‘sudah diberi betis hendak peha’?
Aku seperti sudah tidak merasa selamat untuk terus tinggal di Malaysia…. Kerana di benakku pernah terlintas - apakah peristwa hitam 13 Mei bisa berulang????? Oh Tuhan, mintak dijauhkan. Aku terlalu sayangkan bumi bertuah ini. Jangankan kerana kerakusan mereka yang terlalu tamakkan kuasa, kami generasi muda yang terlalu sayangkan pada keharmonian yang dikecapi kini menjadi mangsa. Jangan terus mengasak atau mengacum antara satu sama lain dengan perasaan benci. Andai ada pun sebarang ketidakpuashatian, bermusyawarahlah. Biarpun ini negara Islam, tetapi Islam tidak pernah menidakkan hak mereka yang berbeza agama dan bangsa.
Seperti yang dilaungkan kerajaan dalam menuju kepada perpaduan negara/nusa-bangsa, we are Malaysian. Bukannya Melayu-Cina-India-Orang Asli-Kadazan-Iban-dll. We are one. Jangan rosakkan apa yang telah dibina selama ini. Menjaga dan mengekalkan apa yang kita milki kini lebih sukar daripada membina dan mendapatkannya….
Tuhan… semoga apa yang kukecapi sedari zaman kanak-kanakku bisa terus dikecapi oleh generasi2 selepasku. Penuh dengan keriangan dan gelak tawa antara kami yang berbilang kaum. InsyaALLAH….
No comments:
Post a Comment