Saturday, June 19, 2010

Baitul Muslim...

Pagi tadi mak aku dapat dah surat tawaran dari UiTM tuk adik aku. InsyaALLAH die akan ke Shah Alam bagi program diplomanya. Alhamdulillah… sorang lagi adik beradik kami dah berjaya ke menara gading. Alhamdulillah gak sebab secara tak langsung kesemua kami 4 beradik berjaya ke menara gading. Termakbul sudah doa ayahanda dan bonda untuk melihat kami semua ke menara gading. Dan mak abah rasa lega sikit la sebab aku pun ada sana. Senang nak tengok2 die kalo jadi pape.



Aku teringat lagi perbualan kami anak beranak semasa dalam perjalanan kami ke Kem PLKN adik aku di Semanggol, Perak. Masa tu yang ada aku dan kakak aku and of course my beloved parents la. Mak menyuarakan kebimbangannya terhadap adik aku yang bongsu samada berjaya atau tidak dia menggenggam segulung ijazah. Abah pula lebih bersikap ‘lay back’. Adat la laki, relaks dan tenang jer. Tapi sedikit sebanyak abah turut menyuarakan keinginannya untuk melihat anaknya yang bongsu itu berjaya menyambung pelajaran. Bukan setakat SPM jer.



Bila ditanya kenapa, abah dan emak panjang lebar bercerita tentang betapa megahnya mereka sebagai mak bapak yang anaknya menjadi graduan universiti. Baru orang akan hormat kat sebab anak2 sume berjaya. Orang akan kata, "Bagus anak si … tuh?" bukannya ayat yang tak sedap didengar, "Tengok anak si … tuh, teruknya…". Baru megah atau senang nak berjalan ke sana sini… ke kenduri sedara mara sebab bila orang bertanya tentang anak2, tak la segan nak menjawab. Itu aku akui bila ke kenduri2, aku leh lihat mata abah bersinar2 bangga bila menceritakan tentang kami adik beradik. Bukanlah maksudnya nak riak atau cakap besar tapi sekadar untuk membuktikan kepada dunia bahawa mereka (walaupun tak berkesempatan nak belajar tinggi) tapi mampu membawa anak mereka menjejakinya.



Adat la kan… mak bapak mana yang tak bangga…. Tapi aku paling tersentuh ngan kata2 abah kalo seandainya ditakdirkan anaknya tak berjaya atau rosak… "abah ngan mak lagi rela makan kat belakang atau tolong basuh pinggan kat belakang dari nak hadap muka sedara mara masa kenduri takut nanti dorang tanya apa anak2 abah buat sekarang nih." Jelas… betapa beban mereka menanggung aib seandainya yang buruk2 berlaku pada anak2 mereka nih. Nauzubillahi minzalik…



Justeru, jutaan terima kasih yang tak berpenghujung untuk ayahanda dan bonda atas curahan kasih sayang mereka, pengorbanan mereka yang tak terhitung. Mak, abah… anak2mu kini dah berjaya… InsyaALLAH di masa hadapan nasib kalian akan lebih terbela. Ini janji anak2mu.... InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment