Benda nih dah agak lapuk sebenarnya untuk dibincangkan. Maaf sebab agak terlewat tuk aku wat review or bagi pandangan tentang benda nih. Kekangan masa tak berapa nak mengizinkan aku tuk membuat persediaan awal tentang topik nih. Kay, what I’m actually wants to talk today is about the most controversional issue in Islamic world today - The Movie Fitna. Filem pendek yang sangat tak beretika dari segi penceritaan dan mesej yang dibawa.
Pada yang melihat especially extremist Islam, filem nih pasti mengundang kemarahan mereka. Tak mustahil ada yang sampai simpan angan2 nak berjihad syahid tuk menghapuskan si pembuat cerita nih (Geerd mende ntah aku lupa… sori). Tapi pada aku, aku sedih. Ya, aku sangat sedih sampaikan aku mengaku yang masa aku menonton filem nih (walaupun ada yang kata, filem nih haram ditonton), aku menangis. Menangis dan sedih bukan sebab tengok keganasan yang ada dalam filem tuh (tu pun satu hal gak tapi just as a sub reason jek). Yang wat aku sedih tuh sebab betapa orang luar memandang Islam tuh sebagai sesuatu yang hina dan zalim. How they misunderstanding and misinterpret the beauty of Islam.
Aku akui aku bukanlah pengikut Islam yang baik. Memang aku nih bukan stok2 masjid. Yang wajib pun kekadang ‘tuang’. Tapi pada aku, Islam itu indah. Sangat cantik kalau dihayati. Kalau orang tanya cara aku berpikir, aku dengan bangganya akan bercakap yang aku nih free thinker. Free thinker bukan maknanya aku nih atheis tapi aku open minded dalam segala hal. Aku boleh terima apa juga keadaan dan cara. Dan aku tau, apa juga yang dianjurkan dalam Islam, ada sebab musababnya. Sebab itu cara aku berpikir. Aku takkan terima sesuatu benda kalau tak ada logik di sebaliknya.
Kay, kita amik contoh rukun Islam. Let see the beauty of apa yang Islam anjurkan tuk kita. First is mengucap dua kalimah syahadah. Kenapa kita kene mengucap? Of course la sebagai tanda pengabdian kita kepada ALLAH dan Rasulullah. Tapi selain dari tuh? Kay, kalo kita tengok kehidupan kita sebagai manusia… (we put apart the religious part dulu) masa assembly sekolah dulu tiap2 perhimpunan hari Isnin , mesti ada bacaan ikrar kan? And it is a must or vital for each person yang mengaku jadik warganergara sesebuah negara tau rukun @ ikrar negara. Tuh menunjukkan kesetiaan dan the sense of belonging kita pada negara tersebut. Same la dengan mengucap dua kalimah syahadah tuh. Ia menunjukkan bahawa kita mengakui bahawa Tuhan kita adalah ALLAH dan Rasulullah sebagai PesuruhNYA. And pada aku, mengucap nih macam ayat cinta pada Tuhan. Kalau masa bercinta kita duk cakap "I LOVE YOU" la… "I MISS YOU" la… "CANT LEAVE WITHOUT YOU" la… "YOU’RE THE ONLY ONE" la ngan ouple kita, macam tuh gak la fungsinya kalimah syahadah tuh. Sebagai tanda kasih sayang kita pada Sang Pencipta. Tanda bahawa kita ada someone to lean on. We always have HIM.
Tang bab solat lak, umpama waktu makan kita. Ada breakfast (and kekadang brunch), lunch, tea, dinner and supper. Complete kan? Kalo tak sehat2 gak badan tak tau la… huhu Tapi makanan yang kita makan tuh, itu tuk pembinaan tubuh badan. So camne lak yang tuk pembinaan jiwa? Ha, tang tu la mai solat. Solat tu ‘makanan’ tuk jasad kita. Dan solat juga membawa dua pengertian lain - menyucikan diri umpama kita mandi (yelah sebab kita amik wuduk dan syaratnya kita kene bersih dari najis dan hadas) dan sebagai tanda terima kasih kita padaNYA. Plus, solat ni kan senaman yang paling senang tuk mereka yang malas atau takde masa nak pegi exercise. Top to toe tuh… Kan cantik tuh? Four in one.
Menyusul lak puasa. Kalau tanya orang tua2, mesti diorang jawab sebagai tanda kita memahami bagaimana rasanya orang2 susah yang takde duit nak makan or takde benda nak makan. Tapi secara saintifiknya (benda nih dah banyak kali korang dengar tapi saja jerk remind balik. Tak salah kan?), puasa adalah suatu proses yang mana kita bagi peluang perut kita nih berehat selepas dari hari ke hari dari pagi ke petang sampai membawa ke malam, kita nih asyik melantak jek! So, bulan puasa nih la kita bagi chance kat perut kita tuk berehat.
Yang keempat - zakat. Zakat nih banyak ulama kata sebagai kaedah terpenting dalam pembangunan ekonomi Muslim. Yelah, banyak faedahnya yang kita dapat menerusi zakat nih. Contohnya, zakat nih penting tuk membantu mereka yang kurang upaya. Nih cara terbaik tuk kita melihat umat Islam terpelihara dari sebarang elemen yang kurang elok seperti kemiskinan. Kalau bukan umat Islam yang membantu saudaranya, siapa lagi kan? Thus, zakat la cara terbaik bagi menarik orang menderma. Zaman sekarang nih agak payah kita nak tengok orang bagi derma. Kalau ada pun, penderma nih takut2 sebab risau sekarang nih banyak sangat sindiket. So, cara terbaik bila kita bayar zakat pada Baitulmal, pihak berkenaan tahu ke mana diorang nak salurkan duit tu. Jadi, duit tuh tak sia2 malah diberkati.
Last sekali, haji ke Mekah. Kita ke Mekah tuk berjumpa denganNYA. Eventhough indirectly meet HIM but when you are there, you can feel HIS ‘arm’ hugging you close and tight.. Apa rasionalnya haji nih? Kay, pada aku, haji nih macam once in a lifetime holiday vacation. Bukannya pegi jumpa sape pun… jumpa yang menciptakan kita gak. Memang bukan senang nak pergi dan Islam taklah menekankan sangat isu nih. Walaupun pada dasarnya ia wajib tapi ada limitationnya - berkuatkuasa pada yang mampu. Kan ada syarat2 yang perlu dipenuhi sebelum merancang nak pergi (eg: ada duit simpanan sebagai perbelanjaan mereka yg ditinggalkan, bukan gunakan semua duit yang disimpan, yang wanitanya perlu ada mahram, etc). So, pada yang mampu bukankah elok wat vacation pergi Mekah dari gi melancong ke tempat yang buat kita tenang sementara je. Ketenangan yang berkekalan tu akan dapat kita rasai bila kita dekat di sisiNYA.
So, ni la hujah2 aku tentang rasionalnya Islam menggariskan @ mewujudkan sesuatu perkara. Tiada cacat celanya dalam Islam nih. Semuanya cantik dan indah kerana ALLAH sendiri sukakan keindahan. Islam tidak membebankan pada mereka yang tau syafaat yang akan mereka dapat. Kalau ikutkan, banyak lagi yang aku nak sentuh macam isu hijab, poligami, etc tapi nanti2 la. Tapi kalo ada yang nak bertanya, aku sudi jawabkan. Bukanlah nak kata aku nih pandai sangat tapi pengalaman idup wat aku jadi lebih peka tentang benda2 nih.
Aku sukakan keamanan (sesuai dengan nama la kan? hehe…) sebab tuh aku tak leh terima benda2 yang leh rosakkan keamanan yang sedia wujud kini. Pada aku, tiada salahnya kita idup di bawah satu bumbung walaupun berlainan agama, kepercayaan, bangsa dan warna kulit. Does it matter? Janji yang paling penting, kita hormati pendirian dan pandangan orang lain. Belajar bertolak ansur. Sepanjang aku idup, rasanya aku takde masalah dengan mereka yang berlainan bangsa dan agama. We are really close. Siap leh kongsi makanan dan minuman lagik. Sepinggan secawan lagi tuhhhh… Tak timbul pun isu geli ke jijik ke… Kami bebas bergaul dan bercerita. Tak timbul isu agama. Walaupun ada gak kekadang diorang tanya pasal Islam and kitaorang tanya pasal agama diorang… Tapi itu lebih kepada hendak memahami agama mereka. Jangan salahkan agama jika ada kekurangan dalam sesuatu bangsa. It’s all the matter of attitude. Aku cukup benci bila orang kaitkan agama dengan bad attitude. Bukan salah agama kalo seseorang tuh berkelakuan buruk tapi salahkan orang tu sendiri sebab tak tau nak ikut garis panduan agama. Semua agama mengajar kepada kebaikan. Baik Islam ke, Kristian ke, Buddha, Hindu ke, Yahudi ke… apa ker…
Macam yang terjadi dalam filem Fitna… aku nak tegaskan bukan semua Arab tu Islam dan bukan semua Islam tu Arab. Kaji attitude orang Arab, baru kita leh paham dan bezakan attitude diorang sangat berbeza ngan agama yang diorang anuti. Mentaliti yang bermasalah jangan salahkan agama. Islam tak pernah ajar benda2 camtu… Aku cukup tak suka!!!! So, jangan samakan semua komuniti Islam dengan Pak Arab dalam filem Fitna tuh… Kami berbeza dengan mereka.
Aku teringat kata ustaz aku - "Kalau kita duk berdebat agama mana yang lebih baik, sampai kiamat pun tak abis. Benda nih takkan ke mana2…" So, aku wat kesimpulan yang tak guna nak bertikam lidah tentang fahaman kita. Yang penting, kita fahami mereka dan mereka fahami kita. It’s all the matter of RESPECT. Tak gitu? Dan sesungguhnya, aku bangga tinggal di Malaysia sebab aku didedahkan kepada pelbagai bangsa dan agama. Dan aku bangga di Malaysia keharmonian antara etnik masih utuh. Doaku, moga2 bencana pertelingkahan antara kaum yang melanda di luar Malaysia tidak merebak ke Malaysia.