Sunday, February 14, 2010

panasssssSSSSS!!!!!!!

Dah masuk hari nih 4 hari dah aku berada di tanah aku dibesarkan. Tapi adoyai... 4 hari rasa macam dah 4 tahun aku di Afrika Selatan. Panasnya nauzubillah.. Tak tau nak kata apa dah la.... Bukan la nak kondem pape tapi tu la kenyataannya. Dan masalah ni bukan setakat kat Ipoh je. Melarat ke negeri2 laen juga. Tadi member aku post kat FB kate kat Melaka panas, pastuh member yang kat Kedah pun mengadu perkara yang sama.

Aku tak pikir pape la mula2 tuh. Sebabnya rumah yang famili aku duduk sekarang ni memang panas sebab sistem ventilasi nya design tuk air-cond. Tapi mana la mampu walaupun bapak aku Orang Kaya Perak (yang ntah bila la nak dapat title tuh). Sebab tu aku sayang umah yang lama tuh... Sejuk je. Balik gunung la katakan. Cuma kadang2 tuh nyamuk la yang tak tahan sebab belakang rumah tu ada setinggan. Plus, aku ada bilik sendiri.. So kalau panas, bogel je la. Huhu (XXX Rated.. yang berlainan gender jangan nak berimaginasi lak!)

Tapi nak kate apa, sekarang nih Malaysiaku dah jadi Afrika Selatanku.. Sejak tsunami, paksi dah berubah sikit Malaysia tak lagi betul2 atas paksi garisan khatulistiwa. So takde lagi kenikmatan yang pernah kunikmati di masa kecil. Ke sebab pembangunan yang melampau ganda 23 sekarang?? Ke ataupun dah tanda2 nak ke akhir zaman??? Wallahua'lam...

Semoga Malaysiaku kembali sejuk dan hijo seperti dahulu. Aminnnn...... 


No comments:

Post a Comment