Sekarang nih semua orang sekeliling aku dok sibuk nak kuruskan badan. Semua duk tunggang Jus Mate 5. Baik kat umah sewa aku, mahupun umah keluarga aku. Mula2 start makan, roomate aku, pastu berjangkit ke bilik sebelah. Sakan nih.. makan dah kurang (jimat beras kat umah tuk 2bulan.. hihi) dan petang2 gi joging.
Yang kat Ipoh nih lak.. ialah ayahanda aku sendiri Datuk Bendahara Orang Kaya Delapan Perak - Tan Sri Datuk Dr Ahmad Fuat AMN PJK ABC PBB NTV HTT, ETC. Memang dah lama dia bising perut dia naik. Sayup dari jauh dah boleh nampak perut dia dulu. Agak2 kalo duk oversea la, dah boleh buat parttime jadi santa claus. Huhu
Pastu, malarat ke sayang aku pulak. Wah.. dia pun sama nak kurus gak nih. Adeh.. walaupun aku tengok okey jer. Memang tak dinafikan, badan dia naik sikit tapi aku suka jer. Seksi per.. Kuikuikuikui Tapi dah dia bising2 nampak gemuk, so what to do.. relakan je la dia nak kurus. Haisy.. jenuh nak menjawab ngan mak mentua camni bila ditanya kenapa anak kesayangannya kurus nih.. =P
Aku sebenarnya bukan tak suka.. Tapi sebab dah jadi macam satu fenomena lak. It's all start with The Biggest Loser. Semua yang tengok (yg b'badan besar la..) jadi teruja nak tiru peserta2 tuh. Elok la pada aku, sebagai motivator. Aku pun suka jer. Yelah, healthy life, kite kena la support.
Kekadang aku pun pikir nak jugak ambik sebab mengenangkan perut aku yang sedang 'pesat' membangun nih. Tapi pikir2 balik, kalao setakat tunggang air tuh tapi tak bersenam dan jaga makan pun takde makna gak. Sebabnya, dua perkara inilah yang jadi penyebabnya. Ditambah dengan tahap kemalasan aku untuk mengeluarkan peluh.
Apa2pun, aku menyanjung tinggi usaha murni mereka yang nak kurus tuh. Tapi biarlah ikut saluran yang betul dan sihat. Gemuk ke kurus, bukan isu sekarang nih. Kalau yang gemuk dok bising tak siapa nak ngurat, pada aku, there's always a market for them. Trend sekarang orang nak yang berbeza saiz (setakat yang aku observe la)... And they look cute together.
So, untuk semua.. SEMOGA BERJAYA!!! Chaiyokk!!!!

No comments:
Post a Comment