Tuesday, February 16, 2010

My Kitty


Entri kali nih pasal kucing aku. Or patutnya kucingS (plural) aku?? Aku ada kucing. Bukan seekor tapi dah dekat 20 ekor. Tapi tuh dulu la... Skang nih tinggal seekor je - Toyol aka Itam aka Mok2. Asal legasi kucing dalam famili aku bermula dari kucing yang abah bawak balik. Masa tuh kitorang duk kat KL lagi. Kucing jantan kaler oren nama May. Manja dan comel. Ekor panjang. Tapi untuk pengetahuan korang, kucing2 aku semuanya kucing kampung @ kucing tepi jalan. Tak suka la kucing siam ka.. parsi ka.. tak indipendent.

May sempat kitorang bawak balik ke Ipoh. Tapi pastuh mati sebab tak berapa nak rasi kat tempat baru. Masa May mati pun aku takde kat Ipoh. Mssa tuh cuti sekolah, so aku tinggal dengan pakcik kat Sg Siput. Dayah yang call bagitau May mati. Pastuh dengar Along cakap on the second line bagitau May mati. May dikebumikan di belakang umah je. Tapi takde tanda la... Lepas May mati, semua macam tawar hati nak memelihara kucing dah. Tapi back in 1999, Along bawak balik kucing yang dia jumpa masa dia keje sementara kat Greentown Mall. Kucing betina. Pun kitorang namakan May. Yang nih memang betul2 sihat dan subur. Banyak la anaknye - Tom, Tiger and few lagi yang aku dah lupa. Ada dalam 5 ekor rasanya.
Membesar la kucing2 tuh depan mata kitorang. Tapi antara banyak2 aku paling sayang Tiger. Tiger selalu diketepikan sebab muka dia buruk sikit. Macam rimau. Tambah2 corak badan dia yang macam belang rimau cuma kaler kelabu jer. Suaranya lak kecik. So asyik kene kutuk pondan je dengan nyah dan dayah. Tapi takpe, aku tetap sayang dia sebab aku tau kelebihan dia. Dah makin besar, sedikit demi sedikit dorang keluar dari umah. Jarang2 balik umah dah. Sebelum nih, masa kecik2 main kat depan umah je. Kencing berak pun depan umah. Jenuh la 5hari sekali kena cuci. Selamat la duduk umah flat yang ujung skali, so orang xbising sangat la.

Seekor demi seekor hilang dan mati. May hilang lepas beranak tuk kali kedua. Yang anak2 May yang awal, dah besar panjang dan mula pilih jalan hidup sendiri. Kalau mati pun, semua mati jauh taknak mati dalam rumah sendiri. Agaknya memang betul kata orang, kucing takkan susahkan tuan dia kalau mati. Tom, mati kene langgar. Along yang jumpa on the way dia nak pergi kerja. Yang lain lak hilang tanpa berita. Tinggalah Tiger aku seekor. Tiger bila dah besar, memang macam rimau. Badan besar bagak. Muka pun bengis semacam je. Tapi padan la dengan gelaran dia sebagai 'samseng Padang Tembak'. Siang2 hari merayau satu kampung macam jaga. Hikhik

Lepas May hilang, anak2 dia yang beranak kali kedua pun besar panjang. Aku lupa pe nama anak2 dia tapi seekor nih la yang paling diingati - Kakak sebab dia betina. Kakak nih la yang paling baik dan taat. Paling best ngan Kakak ialah sebab dia manja dan suka main. Main apa?? Main throw-catch. Dia paling suka main baling gumpal kertas. Baling pastuh dia akan tangkap lepas tuh dia bagi balik. Dan Kakak la paling pandai bukak pintu. Dilompat2 sambil gigit pintu sampai bukak. Sampai penyudahnya tombol pintu bengkok ke bawah.

Kakak pun beranak. And Tiger still hidup. Dia la 'jaga' umah bila kitorang takde. Bila nampak orang dia tak kenal, dia akan kembangkan bulu macam nak gaduh. Silap2 gaya dia akan serang. Sebab tuh ramai yang takut dekat Tiger. Tiger nih walaupun garang tapi dengan anak2 saudara dia, dia memang penyayang. Dan dia cukup protective. Sanggup dia tolong jagakan. Pantang dengar anak2 Kakak yang kecik2 lagik mengiau.. tegak leher dia mencari. Oh ya, time Kakak nak beranak, aku la jadi bidan. Terpaksa jaga sebab kucing nih kalau beranak tak reti duduk setempat. Suka mereyap sebab nak hilangkan rasa sakit. Bagi nak mengelakkan si anak yang nak keluar tuh lemas, kena la paksa si ibu duduk setempat dan teran cepat2.

Nasib anak2 kakak tak panjang. Antara 3 ekor, seekor je yang selamat. Yang lain tuh umur tak panjang. Dalam seminngu lepas beranak, terus kiok. Kami pun bukan la famili yang kaya yang nak beli dan dapatkan rawatan kat klinik haiwan. Yang seekor nih la kitaorang panggil Sontot sebab ekornya kontot. So, tinggal je la 2 ekor kucing kitaorang - Sontot dan Tiger. Tapi sayang, Sontot dan Tiger tak sebulu. Sebabnya Sontot curik awek Tiger. Tuh yang dia marah tuh. Huhu

Tiger akhirnya umur tak panjang. Memandangkan dia 'samseng Padan Tembak', banyak kali la dia bergaduh. Tapi yang last tuh la paling tak boleh lupa. Tapi masa tuh pun aku takde sebab study kat Shah Alam. Abah yang cerita. Lepas dekat seminggu tak balik rumah, abah jumpa Tiger kat bawah rumah dengan tangan sebelah berlubang dan bernanah. Abah panggil dia balik. Dan satu yang menarik pasal Tiger, dia tau dan kenal famili dia. Bila orang panggil nama dia, dia akan menyahut. Macam bila time tengahari, aku ke balkoni, nampak dia kat blok seberang, panggil dia balik tuk makan lunch, dia akan balik. Dan stail dia, dia akan mengiau kuat nak bagitau orang yang dia balik. Sebatu leh dengar dia mengiau. Kalau dia bergaduh lagi kuat la... Sambil balik cerita, lepas abah panggil Tiger balik, dia ikut balik. Abah cuba rawat mana yang termampu tapi luka dia memang dah teruk. Lepas beberapa hari, Tiger hilang lagi. Kali nih hilang tanpa jejak. So, kami paham la.. ajal dia dah tiba...

Sontot dibesarkan dengan kasih sayang oleh mak dan abah. Dah macam cucu sendiri dibuatnya. Kami nih tak boleh buli langsung Sontot. Kalau tak, memang kena marah. Tidur Sontot pun dalam bilik dengan mak dan abah. Atas katil lagik. Siap berbantal... Sontot pun bila besar, dia pun mengawan, Dan yang bagusnya, dia bawak 'chenta hati' dia balik ke rumah. Dengan perut membuyut. Lepas tuh meletup...

Bini Sontot beranak 4 ekor tapi sesuatu yang pelik berlaku, 3 ekor hilang. Seekor demi seekor. Dan yang akhirnya tinggallah yang seekor yang kami panggil Toyol aka Itam sebab bulu dia itam. Tapi kalau ikut buku, Toyol nih orang panggil blue cat. Kesian dekat Toyol, dia tak sempat merasa susu mak dia. Mak dia pun hilang entah ke mana... So mak pun jaga la dia dengan penuh kasih sayang.

Sekarang nih Sontot dah dua minggu hilang... Matikah dia?? Tinggal la Toyol je di rumah. Mak emang jaga dia betol2. Kuar rumah pun jarang. Dan dia siap dikasikan sebab taknak bagi die membesar. Lagi satu alasan, mak dah tak larat nak jaga lagi kucing. Cukup la Toyol seekor.

Hidup kami sekeluarga memang indah bila ada pet animal. Abah sendiri cakap, rezeki kami murah bila jaga dan membesarkan mereka. Makanan pun bagi yang elok2. Apa yang kami makan, kami kongsi tuk mereka  jugak. Belanja mungkin besar sedikit sebab ikan kadang2 mahal. Tapi itulah rezeki.. Rezeki yang ALLAH bagi lagi besar. Syukur Alhamdulillah..... Dan aku gembira ada kcing nih sebab sekurang2nya mak dan abah tak sunyi tinggal berdua. ada saja kerenah mereka yang mencuit hati. Bila telefen, macam2 cerita mak dan abah cerita pasal kerenah mereka. Semoga ALLAH merahmati keluarga kami dan 'keluarga kecik' kami. Semoga dirahmati kucing2 kami yang telah pergi..... AMINNNN...


Sunday, February 14, 2010

panasssssSSSSS!!!!!!!

Dah masuk hari nih 4 hari dah aku berada di tanah aku dibesarkan. Tapi adoyai... 4 hari rasa macam dah 4 tahun aku di Afrika Selatan. Panasnya nauzubillah.. Tak tau nak kata apa dah la.... Bukan la nak kondem pape tapi tu la kenyataannya. Dan masalah ni bukan setakat kat Ipoh je. Melarat ke negeri2 laen juga. Tadi member aku post kat FB kate kat Melaka panas, pastuh member yang kat Kedah pun mengadu perkara yang sama.

Aku tak pikir pape la mula2 tuh. Sebabnya rumah yang famili aku duduk sekarang ni memang panas sebab sistem ventilasi nya design tuk air-cond. Tapi mana la mampu walaupun bapak aku Orang Kaya Perak (yang ntah bila la nak dapat title tuh). Sebab tu aku sayang umah yang lama tuh... Sejuk je. Balik gunung la katakan. Cuma kadang2 tuh nyamuk la yang tak tahan sebab belakang rumah tu ada setinggan. Plus, aku ada bilik sendiri.. So kalau panas, bogel je la. Huhu (XXX Rated.. yang berlainan gender jangan nak berimaginasi lak!)

Tapi nak kate apa, sekarang nih Malaysiaku dah jadi Afrika Selatanku.. Sejak tsunami, paksi dah berubah sikit Malaysia tak lagi betul2 atas paksi garisan khatulistiwa. So takde lagi kenikmatan yang pernah kunikmati di masa kecil. Ke sebab pembangunan yang melampau ganda 23 sekarang?? Ke ataupun dah tanda2 nak ke akhir zaman??? Wallahua'lam...

Semoga Malaysiaku kembali sejuk dan hijo seperti dahulu. Aminnnn...... 


Berat oo Berat...


Sekarang nih semua orang sekeliling aku dok sibuk nak kuruskan badan. Semua duk tunggang Jus Mate 5. Baik kat umah sewa aku, mahupun umah keluarga aku. Mula2 start makan, roomate aku, pastu berjangkit ke bilik sebelah. Sakan nih.. makan dah kurang (jimat beras kat umah tuk 2bulan.. hihi) dan petang2 gi joging.

Yang kat Ipoh nih lak.. ialah ayahanda aku sendiri Datuk Bendahara Orang Kaya Delapan Perak - Tan Sri  Datuk Dr Ahmad Fuat AMN PJK ABC PBB NTV HTT, ETC. Memang dah lama dia bising perut dia naik. Sayup dari jauh dah boleh nampak perut dia dulu. Agak2 kalo duk oversea la, dah boleh buat parttime jadi santa claus. Huhu

Pastu, malarat ke sayang aku pulak. Wah.. dia pun sama nak kurus gak nih. Adeh.. walaupun aku tengok okey jer. Memang tak dinafikan, badan dia naik sikit tapi aku suka jer. Seksi per.. Kuikuikuikui Tapi dah dia bising2 nampak gemuk, so what to do.. relakan je la dia nak kurus. Haisy.. jenuh nak menjawab ngan mak mentua camni bila ditanya kenapa anak kesayangannya kurus nih.. =P

Aku sebenarnya bukan tak suka.. Tapi sebab dah jadi macam satu fenomena lak. It's all start with The Biggest Loser. Semua yang tengok (yg b'badan besar la..) jadi teruja nak tiru peserta2 tuh. Elok la pada aku, sebagai motivator. Aku pun suka jer. Yelah, healthy life, kite kena la support. 

Kekadang aku pun pikir nak jugak ambik sebab mengenangkan perut aku yang sedang 'pesat' membangun nih. Tapi pikir2 balik, kalao setakat tunggang air tuh tapi tak bersenam dan jaga makan pun takde makna gak. Sebabnya, dua perkara inilah yang jadi penyebabnya. Ditambah dengan tahap kemalasan aku untuk mengeluarkan peluh.

Apa2pun, aku menyanjung tinggi usaha murni mereka yang nak kurus tuh. Tapi biarlah ikut saluran yang betul dan sihat. Gemuk ke kurus, bukan isu sekarang nih. Kalau yang gemuk dok bising tak siapa nak ngurat, pada aku, there's always a market for them. Trend sekarang orang nak yang berbeza saiz (setakat yang aku observe la)... And they look cute together.   

So, untuk semua.. SEMOGA BERJAYA!!! Chaiyokk!!!!

Thursday, February 11, 2010

Penat...


Aku penat... Penat amat amat. Dan amat amat penat. Kenapa?? Sebab aku penat.. Aku penat badan, aku penat otak dan aku penat jiwa. Macam2 bercelaru dalam kepala otak. Sakit seh!!!! Walopon baru aku pegi urut kepala ngan bahu.

Aku ingat dh boleh setel semua kerja tapi end up, sangkut lagik. Coti la.. meeting la... Haish!!!!!!!! Bila la aku boleh bebas dari kezaliman duniawi nih (ceh... poyo je ayat!!).

Akhirnya aku sampai jua ke Ipoh. Bestnya dapat tengok muka mak ngan abah, nyah n toyol (kucing aku).. Tapi tetiba aku dilanda demam. Gile sakit kepala.. Makan ubat pun sakit gak. Nih pun menahan sakit nih.

Kenapa aku sakit?? Sebab aku tension?? Sebab aku sedih?? Ke sebab perubahan cuaca. Memang mak sendiri akui.. Ipoh dah panas sket. Dengan sakit tekaknya.. Hebat gak dugaan aku kali nih. Tapi takpe.. janji dah kat umah sendiri. Pape pun aku taknak pikir dah. Lantaklah pompuan gila kuasa + pakej free berserta kroni2nya buat keputusan.

Aku nak rehat..................................

Monday, February 8, 2010

Kembali kepadaNYA...


Innalillahi wainnaila hirrajiun... aku zahirkan rasa kesedihan buat kakakku yang tersayang. Aku kongsikan kesedihan beliau akan kehilangan zuriat yang baru berusia 8 minggu. Sedih aku dengar walaupun masa dia sembang dengan aku, dia relax dan boleh gelak2. Tapi aku tau, jauh dalam lubuk hati dia... bukan sikit rasa sedih dan kecewa. Mungkin pengalaman hidup buat dia jadi tabah dan kuat. I adore u so much sis!!

Aku tak boleh nak tipu la kate tak kecewa.. Aku nangis gak masa dengar berita tuh. Setakat meleleh sikit je la.. Yelah, kalau panjang umur baby tuh, dialah yang bakal jadi cucu sulung Fuat-Salbiah. Tapi dah tertulis kat azali rezeki baby tuh bukan keluarga kami, redha je la. Yang paling penting, kakak aku tak apa2. Pada aku itu yang paling penting. Tak boleh nak bayang kalau jadi pape kat kakak aku tuh.

Dia la satu2nya kakak aku. Betapa sunyinya hidup bila dia takde. Walaupun aku selalu jerit2 kat dia, dudok2 atas dia.. tapi aku tetap sayang dia. Sebab die pun wat macam tuh kat aku. kuikuikui Tu la cara kami berkasih sayang. Semoga ALLAH melindungi dan merahmati kakak aku.

"Nyah, aku sayang ko. Walaupun aku selalu cari gaduh ngan ko tapi ko pn tau kan betapa aku sayang ko kan? Kita kan adik beradik... Luv u so much sis!! Hehe" 

The Proposal

                                                          

Hampir sebulan aku bersengkang mata dan berkejung rambut menyiapkan kertas kerja ke Vietnam. Bukan aku nak kata aku tak ikhlas tapi terus terang, bukan dengan sepenuh hati aku buat proposal nih. Aku buat ikot dan.. ikot mood. Sebab tu agak slow aku siapkannya sedangkan aku tau aku boleh siapkan lebih awal.

Mungkin jugak sebab gangguan anasir luar yang selalu mengharu birukan hidup aku. Dan yang memporak perandakan hidup sahabat2ku juga. Tak lain tak bukan.. Semua orang tau!! Tapi aku tak salahkan dia. Cuma aku agak marah dengan tindak tanduknya yang agak melampau pada aku. Langsung tak hormat aku sebagai ketua projek. Kalau rasa ada pengalaman dan bagus sangat, kenapa dulu awal2 taknak tawarkan diri jadi ketua projek?? Aku nih memang tak tau mende pape. Sabah Sarawak pun aku tak pernah pergi. Dont ever mentioned bout trust if your cant proved yourself can be trustable!! Aku cuba jadi ketua yang baik, ketua yang tak menyebelah mana2 pihak... tapi minta maaf, aku pun ada 'setan' gak. Huhu

Lagi satu, aku salahkan diri aku sendiri. Memang aku pernah buat proposal tuk class trip. Tapi tak pernah sampai ke oversea. Dan aku marahkan diri aku juga sebab tak alert ngan industri aku sendiri sampai end up terpaksa bergantung dengan orang lain untuk uruskan semua perkara. Aku cuma boleh jadi seorang yang gila kuasa dan tukang suruh. Haish.. bila pikir2 balik. 2bulan nih aku "berchenta" dengan Vietnam je la.. huhuhu

Hopefully, semua berjalan lancar. Aku nak juga merasa merantau ke negeri orang. Dan aku harap dapat spend masa dengan rakan baikku semua di sana. Dan nanti, semua orang berpuas hati.... YA ALLAH.. permudahkanlah urusan kami.. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...

"Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)."
(2:286)

"Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisan (lidahku), Supaya mereka memahami ucapanku."
(20:25-28)

The Beginning


HA HA HA HA....

Nape aku gelak erk?? Aku pun tak tau. Tapi aku bangga sebab ini adalah blog aku yg pertama. My first baby huhu
Tak banyak citer tuk 1st post nih.. Blur lagi haha Tapi insyaALLAH akan aku update selalu walopon takde org yg sudi baca (aku buat pun tuk syok2 sendiri2)... Huhuhu