Saturday, September 11, 2010

My name is ...

"My name is Khan, and I am not a terrorist"

Aku baru lepas tonton My Name Is Khan kat Astro Box Office. Memang aku dari masa awal tayangan cerita nih aku memang nak tengok. Bukan sebab SRK.. tapi sebab cerita tuh senditi. Plus, ianya hasil kerja Karan Johar yang aku tau penuh dengan gaya artistik beliau. Meskipun seharian busy melayan tetamu dan mengemas, mata aku tetap segar menonton cerita yang banyak memberi inspirasi ini. Dan semoga ia memberi inspirasi kepada insan lain juga supaya lebih terbuka dan memandang sesuatu itu secara positif.

"Dalam dunia ni ada 2 jenis manusia sahaja - manusia baik dan manusia jahat" (Rizvan Khan). Menarik! Memang betul pun sebenarnya. Dalam lagu John Lennon pun ada cakap.. kite tak perlu agama pun kalau manusia berbuat baik. Tapi yang pasti agamalah yang mengajar kepada kebaikan. Akal belum cukup kuat untuk memberitahu kalau takde yang beri petunjuk. Bangsa yang berbilang lak supaya kita saling berkenal2an dan saling mempelajari sebab takde satu bangsa yang paling perfect pun peradabannya kat dunia nih.

Tetapi yang paling menarik perhatian aku adalah perbualan antara Rizvan Khan dan Dr Feesal Rahman dalam sebuah masjid. Sinopsis serba ringkas: Dr Feesal mengajak umat Islam supaya berjihad. Menyerahkan diri sebulatnya kepadaNYA demi jalanNYA. Dia ambil contoh Nabi Allah Ibrahim yang tak ragu2 bila ALLAH memerintahkan baginda menyembelih anaknya, Nabi ALLAH Ismail. Menurut Dr Feesal, inilah jihad. Dan jihadlah yang membawa kepada kejayaan. Tetapi yang menarik ialah hujah balas Rizvan Khan tentang maksud sebenar jihad dan kisah Nabi ALLAH Ibrahim. Diceritakan pada waktu Nabi Ibrahim, baginda sering didampingi seorang asing yang selalu mempersoalkan ajarannya. Setiap kali diasak, setiap kali itu juga baginda menjawab bahawa baginda percaya pada ALLAH dan ALLAH sentiasa melindungi hamba2nya. Lalu tatkala disuruh menyembelih anaknya, Nabi Ismail, baginda tanpa ragu2 melakukannya. Kerana apa? Kerana kesetiaan dan kepercayaan baginda dengan kasih sayang dan janji ALLAH. Dan kerana baginda yakin ALLAH takkan menganiaya hambaNYA. Pada aku, ini sebenarnya yang sering kita terlepas bila membicarakan tentang kisah pengorbanan. Iktibar dari kisah Nabi Ibrahim bukan semata2 berkenaan pengorbanan tetapi juga berkenaan kesetiaan dan kepercayaan. Tanpa kepercayaan, kita takkan sanggup berkorban. Dan setiap yang ALLAH berikan itu bukanlah ujian tetapi kasih sayang Tuhan. Kitalah yang harus menerimanya dengan redha dan penuh kerendahan hati.

Berbicara tentang jihad, ini pun rentetan dari perbualan dalam filem tadi juga. Tapi aku nak add-on sikit berkenaan persepsi Barat tentang jihad. Jihad digambarkan sebagai perbuatan agresif yang dilakukan secara kekerasan demi untuk pengabdian kepada Tuhan. Justeru, Islam dikecam sebagai kejam berikutan salah anggapan mereka terhadap konsep jihad. Jihad itu sendiri sebenarnya penyerahan kita pada ALLAH dengan jalan mencari kasih sayangNYA. Untuk mendapat kasih sayang, kita sendiri harus turut mula berkasih sayang. Lalu, kekejaman tu sendiri tak wujud sebenarnya dalam kamus Islam. And afterall, bukankah tujuan penciptaan manusia itu sendiri adalah untuk menyerahkan diri padanya?! Jadi tak perlu ambil berserah pada ALLAH jalan singkat dengan mengagung-agungkan konsep jihad tetapi membawa musibah pada orang lain. Islam itu mudah. Dan yang mudah itulah yang cantik. Less is more sometimes.

Sesungguhnya, tinggal di Malaysia ni buat aku jadi bersyukur amat kerana apa yang berlaku di dunia Barat tak berlaku di sini. Islam masih relevan dan boleh diterima walaupun ada yang cuba membolak balikkannya. Dan mengamalkan Islam di Malaysia ni pun masih praktikal. Tak perlu nak sembunyi2. ALHAMDULILLAH... Semoga semua ini akan terus bertahan. We are Muslims and we are not terrorists, May ALLAH bless. Peace y'all.

"Apabila matinya seorang anak Adam yang tak berdosa, maka matilah bersama-samanya kebaikan di dunia ini."

Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment