Aku tak tau kenapa dengan diri aku lately. Aku jadi lost dalam dunia aku sendiri. Aku penat? Aku tension? Aku sedih? Atau apa..?? Aku dah makin tak kenal siapa diri aku lagi. Konflik yang bertimpa2 buat aku jadi numb.. Aku kaku dan aku tak tau nak buat apa... Siapa aku sekarang nih????????? Kenapa aku jadi macam nih??? Tuhan.. tolong aku.....
Terlalu banyak hati untuk dijaga hinggakan terlalu banyak juga hati yang terluka. Dan aku terperusuk di tengah2. Hala mana aku nak pergi?? Pihak mana yang aku nak kena jaga?? Hati siapa yang harus dimanja??? ...... Tapi hati aku sendiri?? Memang aku hipokrit sebab bila orang tanya aku gembira ke tak.. bahagia ke tak.. aku iyakan saja. Tapi kekadang masalah datang tanpa disedari. Hingga suatu masa, aku tak tau. Aku jadi bingung. Semua aku sayang... Tapi tanpa sedar, ada hati yang terluka. Aku cuba puaskan hati semua pihak. Aku cuba beri perhatian untuk semua perkara tapi aku tau, dalam satu2 masa, aku tak boleh jaga semua. Aku cuba kenali priorityku.. Tapi ada hati yang lain yang mahu diberi keutamaan. Dan akhirnya, mereka terluka... Lantas aku serba salah... Salahkah aku???
Ada yang cakap.. di bibir je cakap sayang tapi zahirnya, perlakuan aku tak mencerminkannya. Aku bukan seperti yang dulu.... Betul ke?? Kekadang aku alpa.. Kekadang aku terleka.. Aku hanyut dalam dunia aku sendiri. Sedangkan dunia aku sendiri terbina dari cebiasan ruang2 dunia belas ihsan orang lain. Mungkin aku kini terlalu pentingkan diri.. Membisu untuk mencari ruang dunia aku sendiri. Ruang dunia masa dulu yang aku boleh arah dan buat ikut sesuka hatiku... Kadang2 aku rindu masa laluku.. Masa yang mana aku bebas. Tak banyak hati yang perlu dijaga. Tapi.....
Aku tak tau... Aku tak tau apa yang aku perlukan sekarang nih sebenarnya. Mungkin aku perlukan kekuatan. Dan aku pohon dari YANG MAHA ESA.. tunjuki aku jalan yang lurus. jalan yang ENGKAU redhai. Bantui aku menempuh kekeliruan ini. Lalu kini aku pilih untuk lebih banyak berdiam diri. Masa yan masih bersisa ini, telah aku janjikan dengan mak dan abah untuk aku manfaatkan sepenuhnya demi ijazahku. Aku tak mau menghampakan mereka. Semua, bantu aku.... tolong.........
"Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat."
(1:1-7)
"Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan."
(3:26-27)
No comments:
Post a Comment