Tuesday, March 23, 2010

.... (unspoken)

Aku tak tau kenapa dengan diri aku lately. Aku jadi lost dalam dunia aku sendiri. Aku penat? Aku tension? Aku sedih? Atau apa..?? Aku dah makin tak kenal siapa diri aku lagi. Konflik yang bertimpa2 buat aku jadi numb.. Aku kaku dan aku tak tau nak buat apa... Siapa aku sekarang nih????????? Kenapa aku jadi macam nih??? Tuhan.. tolong aku.....

Terlalu banyak hati untuk dijaga hinggakan terlalu banyak juga hati yang terluka. Dan aku terperusuk di tengah2. Hala mana aku nak pergi?? Pihak mana yang aku nak kena jaga?? Hati siapa yang harus dimanja??? ...... Tapi hati aku sendiri?? Memang aku hipokrit sebab bila orang tanya aku gembira ke tak.. bahagia ke tak.. aku iyakan saja. Tapi kekadang masalah datang tanpa disedari. Hingga suatu masa, aku tak tau. Aku jadi bingung. Semua aku sayang... Tapi tanpa sedar, ada hati yang terluka. Aku cuba puaskan hati semua pihak. Aku cuba beri perhatian untuk semua perkara tapi aku tau, dalam satu2 masa, aku tak boleh jaga semua. Aku cuba kenali priorityku.. Tapi ada hati yang lain yang mahu diberi keutamaan. Dan akhirnya, mereka terluka... Lantas aku serba salah... Salahkah aku???

Ada yang cakap.. di bibir je cakap sayang tapi zahirnya, perlakuan aku tak mencerminkannya. Aku bukan seperti yang dulu.... Betul ke?? Kekadang aku alpa.. Kekadang aku terleka.. Aku hanyut dalam dunia aku sendiri. Sedangkan dunia aku sendiri terbina dari cebiasan ruang2 dunia belas ihsan orang lain. Mungkin aku kini terlalu pentingkan diri.. Membisu untuk mencari ruang dunia aku sendiri. Ruang dunia masa dulu yang aku boleh arah dan buat ikut sesuka hatiku... Kadang2 aku rindu masa laluku.. Masa yang mana aku bebas. Tak banyak hati yang perlu dijaga. Tapi.....

Aku tak tau... Aku tak tau apa yang aku perlukan sekarang nih sebenarnya. Mungkin aku perlukan kekuatan. Dan aku pohon dari YANG MAHA ESA.. tunjuki aku jalan yang lurus. jalan yang ENGKAU redhai. Bantui aku menempuh kekeliruan ini. Lalu kini aku pilih untuk lebih banyak berdiam diri. Masa yan masih bersisa ini, telah aku janjikan dengan mak dan abah untuk aku manfaatkan sepenuhnya demi ijazahku. Aku tak mau menghampakan mereka. Semua, bantu aku.... tolong.........

"Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat."
(1:1-7)

"Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan."
(3:26-27)




Monday, March 15, 2010

Perlu Kamu... Needing You




Kami selalu bergaduh. Kekadang saja2 nak bergaduh sebab rasa relationship nih monotonous je (dan sebab aku pilih dia pun sebab dia yang boleh patah cakap aku balik) dan kekadang memang ada isu la yang timbul. Gaduh suka2 memang best sebab kadang2 tuh benda yang merapu yang kita dok gaduhkan. Tapi bila gaduh yang betol2 tuh.. itu yang payah. Aku pulak jenis hati kecik... cepat la sikit sentap. Kekadang dua2 pun sentap. Terus dua tiga hari diam tak bertegur. Dan aku pulak kekadang jenis cepat naik angin. Senang je melenting. Haisy.. susah susah...



Semakin lama, dua2 semakin sibuk. Aku dengan kerja2 aku dan dia dengan kerja2 dia. Aku cuba memahami tapi mungkin dia kureeeng untuk paham. Aku tak salahkan dia. We need each other. Kalau tak, buat apa couple?! Tapi kekadang aku yang jadi letih. Mungkin selama ni, aku lone ranger, bergerak sorang2 jadi aku rasa lebih bebas dan selesa. Tapi bila ada dia, sedikit sebanyak aku kena pikirkan jugak kebajikan dia.. suka benci dia... Semua aku kene paham. Dan aku PAHAM.. Sangat paham tapi sering terlupa. Dan inilah masalah aku.. Short Term Memory Lost.



Dan inilah isu kami, aku selalu buat benda yang dia tak suka. Kata dia, aku dah macam menjauh dari dia. Dan aku macam semakin kurang menyayanginya.. Betul ke?? Mungkin zahir menampakkan sebegitu sebab kekadang aku stone. Kekadang aku lebih senang bersikap neutral... Lebih senang layback. Tapi mungkin tidak pada dia. Everyday is a first day. And I'm sorry, baby, cos sometimes I'm lost in my timezone.



Sayang, I want you to know that everything I do, I do it for you. For us. Only God knows how much I love you... I need you in my life to brighten up and enrich my life. Please understand me, dear... Never at once I breath without thinking of you...

Monday, March 1, 2010

SEDIH....

Aku buat dia sedih lagi... Lagi lagi aku juga yang buat dia sedih. Sudahlah dia stress sebab banyak kerja tapi aku tak support dia. Aku buat dia sedih. Aku buat dia jauh hati... Padahal takde sekelumit pun rasa dalam hati ni nak buat dia sedih. Aku sayang dia. Dia segala-galanya bagi aku. Tempat aku bermanja dan berkongsi rasa. Dia seorang yang cukup pemahaman. Cukup memahami tapi aku buat dia sedih. Dia cakap dia tak sedih.. Katanya, dia paham tapi cara percakapan dia cukup buat aku tau yang dia sebenarnya terguris hati.. Aku bukan dengan niat membuat dia bersedih tetapi yang aku fikirkan adalah kebajikan dan kebaikan dia sendiri. Aku taknak menyusahkan dia walaupun kerapkali dia ucapkan dia senang bila ada denganku. Aku pun senang bila dia selalu dengan aku. Tapi aku yang menanggung rasa bersalah itu. Sebagai lelaki, aku sendiri rasa 'cacat' sebab tak mampu memenuhi keperluan dia. Apalah yang ada pada aku.. student yang hanya mengharap duit belanja mak bapak. Bawak motor je. Kekadang aku sedih pikirkan dia.. Bahagiakah dia dengan aku selama ini..?? Tambah2 lagi dengan keadaan aku yang sibuk dengan pelbagai benda alah... Aku jadi kesian padanya sebab dah makin jarang meluangkan masa untuknya. Katanya, aku cuba menjauh diri.. Sayang, being beside you is the best thing in my life. I miss your hug whenever i feel down.. Remember.. You are my amusement park. Hihi

Baby, whatever it is.. I really love you so much. I love you and there is nobody but you.... Please forgive me...