Sunday, November 21, 2010

........





And what if I never kiss your lips again
Or feel the touch of your sweet embrace
How would I ever go on
Without you there's no place to belong
Well someday love is gonna lead you back to me
But 'til it does I'll have an empty heart
So I'll just have to believe
Somewhere out there you thinking of me
Until the day I'll let you go
Until we say our next hello
It's not goodbye
'Til I see you again
I'll be right here rememberin' when
And if time is on our side
There will be no tears to cry
On down the road
There is one thing I can't deny
It's not goodbye
You'd think I'd be strong enough to make it through
And rise above when the rain falls down
But it's so hard to be strong
When you've been missin' somebody so long
It's just a matter of time I'm sure
But time takes time and I can't hold on
So won't you try as hard as you can
To put my broken heart together again
Until the day I'll let you go
Until we say our next hello
It's not goodbye
'Til I see you again
I'll be right here rememberin' when
And if time is on our side
There will be no tears to cry
On down the road
There is one thing I can't deny
It's not goodbye



Yak Yak Yeee....

Makin lama makin ramai kengkawan aku yang bertunang dan kawen. Tadi baru selesai je sorang. Teman karib aku. Tak sangka dah sampai jodoh die. Tapi memang dah agak dah sebab dalam kami bertiga, memang die yang paling gatai pastu yang paling dulu kerja. So bila financial dah stabil, seru dah mai.. apalagik. Bekahwinlah anda sebelum anda dikahwini...

Entri nih bukan citer pasal kawen member aku tapi nak cerita perihal perkahwinan dari sudut sisi pandangan aku. Hal2 kahwin nih sebenarnya bukan perkara asing. Dari kecik lagi kita dah kenal. Pegi kenduri orang kahwin, tengok tv cerita pasal kahwin, baca buku cerita / novel pasal kahwin... Dan kita sendiri mengalami semuanya kehidupan ni dalam lingkungan perkahwinan termasuklah perkahwinan mak ayah kita sampai terjadinya kita walaupun masa dorang kahwin, haram dorag nak menjemput kita selaku anak sendiri hohohohoh

Dari sudut pandangan seorang lelaki dan juga seorang anak, serta dari sudut sebagai orang luar, aku memandang perkahwinan tu dari pelbagai sudut. Ada yang baik dan ada yang negatif. Seronok bila nak kahwin nih tapi seronokkah untuk mengharung hidup bersama orang yang kita kahwini untuk seumur hidup kita?? Dan sebagai lelaki, tugas aku bukan ringan. Menjadi kepala kapal yang mengemudi kapal agar terus gah menongkah samudera dan tidak tenggelam. Huishhh... perit tuh kalau asasnya tak kuat. Sebab tuh aku jadi pelik bila tengok orang2 yang jenis playful, kuat joli pastu sakan nak kahwin... Dah cukup berani ke? Kata orang, jangan terlalu memikirkannya sebab let it go with the flow. Tapi isu tawakal tuh kena la berserta dengan usaha kan? Kalau tak mana maunya nak jadi.....

Sejujurnya, aku fobia dengan isu kahwin. Terus terang la ye teman2 yang mengenali aku yang membaca, aku tak percaya pada konsep perkahwinan. Bukan tak percaya pada segi teorinya (walhal aku sangat menyokong) tapi aku tak percaya aplikasinya terhadap diri aku sendiri. Siapa yang taknak kahwin..?? Kahwin tu lah pintu ke syurga dan macam kata nabi, perkahwinan tu melengkapkan iman. Berkasih sayang dalam perkahwinan, melahirkan zuriat yang soleh dan solehah dan kekal bahagia dalam redha Ilahi memang menjadi impian semua orang. Tetapi berbalik pada aku sendiri, aku tertanya2.. MAMPUKAH AKU??

Macam aku aku cakap tadi, aku melihat perkahwinan nih dari sudut pandangan yang pelbagai. Even aku sendiri merupakan sebahagian daripadanya.... meskipun bukan watak utama. Pertamanya, aku melihat dari sisi sebagai seorang anak. 25 tahun membesar menjadi seorang anak kepada ibu bapa yang cukup hebat, menjadi impian untuk aku menjadi seperti mereka yang kuibaratkan sebagai idolaku. Tetapi lumrah manusia, yang maksum hanyalah pada kekasihNYA dan yang sempurna hanyalah milik DIA. Jadi ada sisi hitam mereka yang aku buat jadi fobia seandainya aku mewarisi sifat2 tersebut. Dan seperti kata orang, its karma - what goes around comes around. Lalu aku jadi takut kerana aku sedar sedikit demi sedikit aku mula mewarisinya. Macamana aku nak teruskan dengan perkahwinan kalau aku seperti dah boleh bayangkan kesudahannya. Bukanlah memburukkan keluarga sendiri tetapi aku memandangnya sebagai sebahagian dari kekurangan kita sebagai hambaNYA. Dan aku dalam proses mengatasinya. Cuba mencari jatidiri dan cuba mengenali diri sendiri dalam redhaNYA.

Dari sisi orang luar... aku menjadi teman yang meminjamkan telinga mendengar permasalahan mereka. Dari cerita sebelum bercinta, selepas bercinta, sebelum bertunang, selepas bertunang, sebelum kahwin dan selepas kahwin. Tak kesah la dalam apa jenis perhubungan pun, aku cuba mendengar dan mengambil setiap kebaikan tu untuk panduan aku sendiri. Kata orang, it's easy said than done. Betullah tu, bila memberi buah2 nasihat dan idea, kita memberinya tanpa memikirkan rasionalnya in his/her shoes' meskipun kita rasa pandangan kita tu dah cukop bernas. Seringkali isu berbangkit.. 'adakah dia yang ditakdirkan untuk kita'. Masa bercinta segalanya manis2 belaka almaklumlah belum tengok lagi perihal yang sebenar. Tapi bilamana kita membuat keputusan untuk mengikat janji, tiba2 itu yang menjadi persoalan... Aku melihatnya sendiri dan pernah mengalaminya. Kata orang seelok2nya beristikharah kepada ALLAH. Aku dirikannya demi mencari jawapan dan jawapannya ya. Tetapi sayang jodoh tak panjang... Lalu, salah siapa?? Apakah alamat yang aku dapat tuh salah atau aku yang silap perhitungan? Hanya DIA Pemilik kesemua jawapan dan Maha Mengetahui.

Iman itu ada pasang surutnya... apatah lagi cinta. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, ada masa cinta kasih sayang tu akan menyurut. Aku tak ingat samada kisah Saidina Abu Bakar atau Saidina Umar yang pernah didatangi oleh seorang Muslim yang ingin menceraikan isterinya apabila tiada lagi rasa cinta dia pada pasangannya. Lalu Saidina Abu Bakar/Umar berkata... "apa yang telah terjadi pada rasa tanggungjawabmu?" Lalu, cinta itu aku ibaratkan adalah perkara kedua kerana tanggungjawab memelihara amanah ALLAH tuh yang paling utama.... Lalu sesungguhnya, kisah ini buat aku menanyakan diri sendiri... "will I ever cherish her for the rest of my life? Could I?" Sesungguhnya aku takut tak mampu menggalas amanah tu YA ALLAH.....

Untuk mencintai dan dicintai... aku pasrah pada rezeki yang ALLAH turunkan. Pada siapa yang bakal menjadi the one (or the two and the three and the four perhaps?? hohohohoh) aku mengharapkan dia sudi menerima kekhilafan aku. Dan sudi bersama membantu aku menelusuri hidup ini dengan lebih baik. Dengan yang tersayang kini, aku harapkan yang lebih baik hendaknya. Untuk masa depan, sama2lah kita berdoa kerana masing2 memahami situasi kita kini. Selamanya kita tetap akan bersama insyaALLAH walau atas dasar apa pun hubungan itu. Biarlah tak berakhir dengan perkahwinan tetapi rasanya ku telah kecapi ertinya ia walaupun bukan dalam konotasi yang sensual (hohohoohoh that part kene tunggu yang halal so maknanya jauh lagi la tuh.. hohohohoh).


Di hari ia melahirkan cintanya
Ia berkata kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta..."

Di hari perkahwinannya
Ia berkata kepada isterinya
"Perkahwinan ini adalah ikatan
tapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta..."

Di hari-hari kemudiannya
Ia berkata kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang
mengajar kita melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama."




Friday, November 19, 2010

Bosan...

Aku kebosanan sampai tak tau nak tulis apa dah.. hohohoh
May kerja tapi masih ada rasa kemalasan mahu bekerja.. Haish.....